Sukacita dimaklumkan SRS Zon GAPi telah diluluskan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pada 10hb Disember 2009.
Pihak AJK KRT Fasa 2 mengucapkan tahniah kepada penduduk di Zon GAPi atas initiatif mendaftarkan ahli-ahli Zon GAPi dalam Skim Rondaan Sukarela tersebut.
Objektif utama pelaksanaan Skim Rondaan Sukarela (SRS) adalah seperti berikut :
Membantu mencegah jenayah dan menangani gejala sosial;
Membantu menguatkuasakan undang-undang;
Memberi perlindungan kepada nyawa dan harta benda;
Mempertingkatkan semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat; dan
Memulihkan keadaan setempat agar menjadi aman dan sejahtera.
Antara kelebihan-kelebihan mendaftarkan Skim Rondaan Sukarela tersebut adalah :
Menurut Peraturan 27I [peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga)1975(Pindaan)1988] menjelaskan bahawa anggota peronda semasa menjalankan tugas rondaan di dalam kawasan yang dibenarkan meronda disifatkan sebagai pegawai polis berpangkat konstabel dengan syarat semasa menjalankan tugas rondaan tertakluk kepada arahan dan kawalan Pengarah, Jawatankuasa Skim dan Ahli Jawatankuasa Skim.
Semua anggota peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) di beri perlindungan insuran kemalangan diri berkelompok 24 jam (semasa rondaan) dengan faedah-faedah berikut :
a) Kematian akibat kemalangan = RM 19,000.00
b) Keilatan kekal akibat kemalangan = RM 19,000.00
c) Perbelanjaan perubatan (maksimum) = RM 500.00
d) Elaun Harian Hospital = RM 20.00 sehari (maksimum 30 hari)
e) Khairat Kematian (akibat kemalangan) = RM 1000.00
Kami AJK KRT Fasa 2 sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Zon GAPi.
Mana-mana ajk Zon yang ingin mendaftarkan SRS zon tersebut, boleh menghubungi mana-mana ajk KRT Fasa 2, Puncak Alam, atau boleh menghantar email di alamat krtf2puncakalam@gmail.com.
Sekian Terimakasih
Shukor Ahmad

No comments:
Post a Comment